Monday, March 4, 2013

Kajian Tindakan: Projek 100 hari Pengajian Am, 1 hari 1 isu



2011

Jurnal SMK Narinang

Manniseh Yakun








Kajian Tindakan:
Projek 100 hari Pengajian Am,
 1 hari 1 isu



Abstrak
               Kajian ini dilakukan bagi meningkatkant prestasi pelajar. Sasaran kepada 21 orang pelajar. Pelajar-pelajar ini akan menghadapi peperiksaan STPM 2011. Pelajar diberikan projek mencari artikel mengikut isu yang diberikan. Pelajar akan membuat rumusan  dan memberikan pendapat mereka sendiri tentang isu tersebut. Selepas itu, pelajar diberikan 100 soalan karangan bahagian A, B dan C untuk dijawap bagi projek 1 hari 1 isu. Dapatan kajian tindakan ini, berdasarkan markah keseluruhan pelajar 16 markah meningkat kepada 23 markah dan seterusnya 28 markah secara puratanya. Oleh yang demikian, kajian ini sedikit sebanyak berjaya membantu meningkatkan perestasi pelajar.


Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu
            Pengajian Am merupakan mata pelajaran yang wajib bagi semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). Pelajar yang layak memohon ke pengajian peringkat ijazah sarjanamuda juga perlu mendapatkan keputusan sekurang-kurangnya gred C atau mata Gred 2.00.
            Walau bagaimanapun, di awal tahun peperiksaan pelajar terlibat tidak memberikan keputusan yang memberangsangkan. Terutama sekali kertas 2 Bahagian A, B dann C. Ramai pelajar yang tidak dapat menyiapkan karangan bagain A dan B. Beberapa pelajar yang dapat menyiapkan karangan tetapi tidak memberikan jawapan yang memuaskan.
            Selain daripada itu, terdapat 60% pelajar tidak dapat menjawap soalan mengikut kehendak soalan. Para pelajar menjawap tidak bersistem dengan menggunakan huraian mereka sendiri.  Oleh yang demikian, pelajar perlu diberikan latihan menghurai idea yang lebih baik dan sistematik.
Dalam karangan Pengajian Am Bahagian A dan B diperuntukkan 50 markah.  Para pelajar sukar membuat karangan yang dikira mantap.  Kebanyakan karangan sama ada lemah atau sederhana dengan purata markah antara 7 hingga 20 sahaja.  Sudah banyak kali latihan dilalui, namun perkembangannya agak lambat. 

Isu Keprihatinan
            Pelajar tidak dapat menghuraikan idea bagi isu yang dibincangkan. 70% pelajar menghuraikan idea yang diberikan tanpa memberikan fokus kepada idea utama.
            Selain daripada itu, 80% pelajar menghuraikan idea mereka mengikut kefahaman sendiri dan bukan berdasarkan isu persoalan yang diketengahkan. Pelajar tidak memberikan perhatian kepada setiap perkataan dalam persoalan isu. Di samping itu, pelajar mudah terpengaruh dengan pengetahuan sedia ada. Oleh yang demikian, pelajar mudah memberikan huraian dan fakta berdasarkan pengetahuan sedia ada dan bukan persoalan yang dikehendaki.
            Tambahan pula, semasa pelajar membuat karangan, pelajar terpengaruh dengan idea dan isi sebelumnya. Huraian idea pelajar kepada isi seterusnya seakan-akan berulang. Pengulangan huraian idea ini, tidak memberikan kesan terhadap karangan pelajar. Oleh yang demikian, pelajar perlu membuat karangan dengan lebih sistematik lagi.
Antara punca utama kelemahan karangan pelajar ialah kegagalan memberi huraian yang mantap.  Kegagalan memberi huraian kerana kurangnya pembacaan yang mencabar minda dan gagal membedakan antara idea utama dan huraian mengenainya. 
Beberapa sebab mengapa pelajar menulis pelbagai huraian yang tidak berkaitan dengan idea utama pada awal perenggan.  Pertama, pelajar tidak membuat draf atau rangka karangan.  Pelajar terus menulis dalam kertas jawaban.  Melulis dalam keadaan tertekan sangat terdedah kepada kesilapan.
            Kedua, punca pemikiran berkecamuk ialah dia suka ‘meredah’ apa juga bacaan tanpa membuat sebarang klasifikasi.  Kalau bercakap, pelajar seperti ini suka bercakap di luar topik dan meleret-leret ke simpang-simpang yang tidak berkenaan.
            Selain itu, hubungan antara gaya kognitif dan pencapaian menurut Poh Bee Theen dan Melissa Ng Lee Yen Abdullah (2008),  kognitif dengan pencapaian Pengajian Am kurang dilakukan. Namun begitu, kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa gaya kognitif berkait secara signifikan dengan pencapaian dalam Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Objektif kajian
            Objektif kajian tindakan ini adalah untuk memperbaiki cara huraian pelajar. Pelajar diberi peluang untuk memperbaiki cara pelajar mengarang. Selain itu menghurai idea yang diketengahkan.
            Objektif lain adalah untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar sama ada dalam peperiksaan penggal mahupun ujian biasa. Oleh yang demikian membantu meningkatkan semangat pelajar untuk terus berusaha untuk peperiksaan STPM 2011.
Objektif Am
Membantu pelajar untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam Pengajian Am kertas 2 bahagian A dan B.
Pelajar dapat membuat karangan dengan sistematik dan tersusun.
Objektif Khusus
Kajian tindakan ini secara khususnya dibuat untuk meningkatkan cara pelajar untuk menghuraikan sesuatu idea. Huraian yang tersusun dan memberi makna yang bersesuaian dengan idea yang diketengahkan.

Kumpulan Sasaran
            Kumpulan sasaran kajian ini adalah pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas Jurusan Ekonomi. Seramai 21 pelajar terlibat dalam kajian tindakan ini. Kesemua pelajar ini dibawah seliaan 3 guru Pengajian Am yang berbeza.
            Pelajar kumpulan sasaran juga merupakan kumpulan pelajar sederhana. Pelajar pelajar ini mengambil mata pelajaran Ekonomi, Sejarah dan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran elektif STPM 2011.

Pelaksanaan Kajian
            Kajian tindakan ini dijalankan sepanjang 3 bulan dan melibatkan satu ujian dan dua peperiksaan utama. Ujian dan peperiksaan ini adalah sebagai alat pengukur kejayaan kajian tindakan ini.
Tinjauan Masalah
Berdasarkan peperiksaan penggal pertama, pelajar dinilai mengikut cara pelajar menghurai karangan mereka. Melalui penilaian pertama ini, didapati bahawa pelajar dalam kelas tersebut tidak dapat memberikan karangan yang berkualiti. Huraian yang tidak bersistematik dan berkecamuk.
Oleh yang demikian, kajian dijalankan untuk meningkatkan prestasi pelajar.
Analisis Tinjauan Masalah
Beberapa masalah yang dihadapi pelajar ialah, kurang pengetahuan tentang isu semasa dan masalah bahasa. Pelajar kurang membaca tidak dapat memberikan isi yang baik.
Selain daripada itu, pelajar tidak dapat menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada pelajar dengan isi yang dikembangkan dalam karangan pelajar. Contohnya pelajar tidak dapat mengkaitkan pengetahuan mereka dalam pengetahuan sains, bahan kimia dalam makanan dan kesihatan. Oleh itu, pengajaran secara kontekstual perlu bagi membantu pembelajaran pelajar.
Pelajar tidak dapat memberikan fakta sains dalam karangan laras sains. Pelajar juga tidak memberikan contoh yang jelas kepada isu yang dinyatakan.
Menurut Rio Sumarni, Abd Aziz bin Sahat (2007), Pengajaran secara kontekstual ialah proses pengajaran guru yang mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan pengalaman seharian perseorangan, masyarakat dan dunia pekerjaan. Pengajaran ini melibatkan perkongsian pemikiran dan pengalaman guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar kerana proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri melibatkan pelajar, pengajar dan bahan pengajaran.
           
Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian
            Pelajar diberikan tugasan untuk meningkatkan pengetahuan am pelajar.
Pelaksanaan 1
            Setiap bulan pelajar diberikan tajuk umum dan mencari 10 artikel bagi setiap tajuk yang diberikan. Oleh yang demikian setiap pelajar diberikan 7 tajuk yang berbeza. Setiap pelajar akan menyiapkan tugasan dalam masa 1 bulan.
            Setelah pelajar mendapatkan artikel tersebut, pelajar akan menampalkannya dalam buku foolscap pelajar. Pelajar akan membuat rumusan bagi setiap tajuk yang mengandungi 10 artikel. Walau bagaimanapun, pelajar akan membuat rumusan bagi artikel rakannya.
            Setelah rumusan dibuat, pelajar akan membentangkan dapatan mereka dalam masa 3-5 minit setiap rumusan tajuk yang diberikan.
                       
Pelaksanaan 2
            Selepas peperiksaan penggal 1, para pelajar diberikan 100 soalan yang berlainan isu. Soalan-soalan tersebut terdiri daripada soalan-soalan dalam bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
            Bagi soalan daripada bahagian A dan Bahagian B, pelajar telah diberikan 4 isi bagi setiap soalan untuk dihuraikan. Ini bertujuan melatih pelajar untuk menghuraikan isu yang diketengahkan.
            Manakala soalan Bahagian C, pelajar hanya diberikan soalan, dan pelajar sendiri mencari isi yang bersesuaian.
            Setiap hasil kerja tersebut, pelajar harus menjawap sekurang-kurangnya satu karangan atau soalan sehari. Pelajar harus menghantarnya kepada guru untuk disemak. Seterusnya dibincangkan dalam kelas.
            Refleksi Kajian
            Daripada kajian tindakan yang dilakukan terdapat beberapa dapatan yang diperolehi. Antaranya adalah seperti berikut:
a.       Peningkatan purata markah pelajar sasaran
b.      Pelajar dapat menyiapkan karangan pada masa yang ditetapkan
c.       Pelajar dapat menjawap mengikut kehendak soalan.



Peningkatan purata markah pelajar sasaran
Pelajar
Penggal 1
Trial 1
Excell 2
1
7
24
27
2
8
27
28
3
8
25
34
4
15
27
29
5
15
33
34
6
17
14
26
7
23
17
26
8
26
23
27
9
20
27
26
10
21
th
21
11
18
25
36
12
8
26
29
13
10
30
29
14
10
27
25
15
17
25
24
16
23
30
33
17
13
23
29
18
19
23
32
19
17
20
27
20
14
20
32
21
20
21
18
Purata
16
23
28
Jadual 1: Pencapaian pelajar bagi Penggal 1, Trial 1 dan Excell 2
            Berdasarkan Jadual 1, purata pencapaian pelajar semasa penggal 1 ialah hanya 16 markah, berbanding 23 semasa peperiksaan Trial 1. Terdapat 8 markah peningkatan daripada peperiksaan penggal 1. Selepas peperiksaan Trial pula, peperiksaan Excell 2 juga menunjukkan peningkatan sebanyak 5 markah daripada Trial 1.
            Jelas bahawa, pembacaan yang bersistem dan huraian yang baik memberikan impak yang baik dalam karangan pelajar.
Pelajar dapat menyiapkan karangan pada masa yang ditetapkan
            Semasa penggal pertama terdapat 7 orang pelajar tidak dapat menyiapkan karangan mereka dengan sempurna. Terdapat pelajar yang hanya menyiapkan sehingga pengenalan. Ada pula pelajar yang langsung tidak menulis karangan dalam Bahagian B. Selain itu, ada juga pelajar yang tidak sempat membuat kesimpulan bagi karangan yang dibuat.
            Melalui tinjauan, pelajar tidak sempat menyiapkan karangan tersebut kerana kekangan masa. Mereka tidak dapat mengolah huraian karangan mereka dengan baik kerana tidak cukup masa untuk menstruktur semula idea mereka dalam bentuk yang sistematik.
            Walau bagaimanapun, setelah projek 100 hari, pelajar dapat menyiapkan semua karangan yang dikehendaki berdasarkan soalan. Semua pelajar dapat menyiapkan sehingga kesimpulan dan dapat memberikan isi yang baik.
            Pelajar dapat menjawap mengikut kehendak soalan
            Semasa peperiksaan Penggal 1, ramai pelajar tidak dapat menjawap mengikut kehendak soalan. Contohnya, soalan yang mengkehendaki pelajar menghuraikan pengeksploitasian pekerja asing oleh majikan. 95% pelajar menjawap soalan tersebut berdasarkan pengeksploitasian pekerjaan di Malaysia oleh pekerja asing. Melalui tinjauan, pelajar tidak memahami soalan yang diberikan.
            Oleh yang demikian, pelajar diberikan pelbagai soalan yang berbeza. Pelajar diberikan isi yang berkaitan dengan soalan yang diberikan. Pelajar dan guru berbincang tentang kehendak soalan. Setelah itu, pelajar menghuraikan isu yang diberikan.
            Dapatan daripada kajian tindakan ini, pelajar dapat memahami soalan yang diberikan. Malah pelajar dapat menyatakan kelemahan beberapa soalan yang dikemukakan. Selain daripada itu, pelajar dapat mengelak daripada tersasar hurian daripada isi sebenar.

Cadangan Kajian seterusnya
            Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi pelajar. Selain daripada itu pelajar dapat berlatih untuk menjawab karangan dalam Pengajian Am Bahagian A, B dan C mengikut laras sastera dan sains.
            Selain daripada itu, pelajar didedahkan pelbagai jenis kesalahan isi dan huraian karangan mereka. Pelajar-pelajar juga diberikan peluang untuk memperbaiki karangan rakan dan berbincang antara sesama sendiri.
            Untuk kajian seterusnya, dicadangkan, pelajar diberi satu isu untuk dikaji. Pelajar membuat kajian berdasarkan bahan sekunder. Selain daripada itu, pelajar juga diberi peluang untuk membuat ulasan dan kritikan bagi setiap artikel yang dibincangkan. Pelajar didedahkan dengan punca dan kesan serta langkah mengatasi bagi setiap isu yang diketengahkan.



Bibliografi
Rio Sumarni, Abd Aziz bin Sahat (2007). Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual dan Keberkesanan Strategi Hibrid C-C di Sekolah Mengenah Teknik, 1st International Malaysian Educational Technology Convention, Univertisi Teknologi Malaysia.
Poh Bee Theen dan Melissa Ng Lee Yen Abdullah (2008), Kesan Fator Janitna, Etnik dan Gaya Kognitif ke Atas Pencapaian Pengajian Am, Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 23, 123–140, 2008

No comments: